Shepherd’s
Pie
Bahan-bahan
300 g daging/ayam cincang
5 biji ubi kentang
½ biji lobak merah, dicincang kasar
½ cawan cendawan butang, dihiris nipis
½ cawan susu segar
1 cawan keju Mozarella, diparut
1 biji bawang besar, dihiris
2 sm tepung gandum, dilarutkan dalam ½ cawan
air
1½ cawan stok sayuran buatan sendiri
1 sm serbuk lada hitam
1 sm sos kicap
½ sm madu
1 sm minyak
Beberapa tangkai / sedikit serbuk daun thyme
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara
memasak
1. Campurkan daging cincang
dengan serbuk lada hitam, kicap, madu dan daun thyme. Perap selama 2 jam.
2. Rebus ubi kentang bersama
kulitnya. Setelah lembut, kupas kulitnya dan lecek bersama susu dan keju. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar dengan
minyak hingga wangi dan masukkan daging yang telah diperap. Tumis sehingga daging masak dan tidak lagi berwarna merah jambu. Tuangkan stok sayuran bersama lobak merah.
4. Renihkan sehingga lobak
merah lembut, kemudian masukkan cendawan. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa dan teruskan merenih dengan api perlahan.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan
Kalori
228 kcal Karbohidrat 16.4 g
Protein
16.0 g Lemak 10.9 g
(Hidangan untuk 7 orang)
Untuk perapan :
• Sebelum menambah herba kering ke dalam masakan, gosok herba di antara jari anda untuk membebaskan
minyak meruap. Masukkan herba tersebut pada peringkat awal memasak supaya perasanya dapat diserap masuk ke dalam masakan dengan baik.
• Tambah sayur-sayuran lain seperti kacang pis, batang saderi dan jagung untuk meningkatkan kandungan
nutrien.
• Cara baik untuk menggalakkan anak anda makan daging kerana ia dikisar, maka memudahkan anak-anak
makan.
5. Apabila daging telah
masak, masukkan larutan tepung. Gaulkan sebati sehingga campuran menjadi pekat. Matikan api.
6. Masukkan daging cincang
yang telah dimasak di atas piring pembakar sederhana dan ratakan permukaannya.
7.
Tutup permukaan daging
dengan kentang lecek sehingga habis dan memenuhi permukaan dulang pembakar. Gunakan garpu untuk membuat corak di atas kentang lecek.
8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit atau sehingga bahagian atas kentang lecek menjadi keperangan.
9. Potongkan kepada beberapa bahagian dan hidangkan
panas.
Terbaik lah!! Ini yg kami tunggu2... ;)
ReplyDeletehehheeee... cikgu dh jauh nk ajar... try n error jer
ReplyDelete