Wednesday, 11 November 2015

TEMPAHAN CREAM PUFF




Cream Puff

RM12 / box / 25 biji

fb page : D'Az Nia Kitchen


Untuk Tempahan @ Pertanyaan 
Hubungi : 011-2626 0526
Lokasi : PUTRAJAYA

Wednesday, 7 January 2015

Lebarkan Sayap

1st audit @ Motac

setelah sekian lama tidak melebarkan sayap, akhirnya .....
banyak sbb yg membuatkan aku kurangkan xtvt melebarkan sayap ni.... maklum  la sejak kehadiran puteri n putera tercinta syg plak nk berjauhan...




ni la 1st outstesen aku kt opis baru... he3.... sonok la gak join ngan member2 baru....
cite ni last year nye (2014)

Friday, 12 December 2014

Roti Canai

Weken adalah hari yg seronok utk main masak²… bagi ibu² yg xtau nk masak ape utk bfast bersama family …. sila la cuba resepi ni…. Opkos terjamin kebersihannya… he3

Roti Canai Home Made
Bahan² :
4 cawan tepung gandum
260 ml air
2 sm marjerin / minyak sapi
1 biji telur
2 sm gula
1 st garam

Cara² :

1.    Gaul tepung bersama bahan² lain hingga menjadi doh yg licin & sebati
2.    Bulat²kan adunan. Lumurkan dgn minyak.
3.    Adunan hendaklah dibiarkan supaya sebati sebelum dicanai
4.    Adegan menebar… kalu tak panda ink tebar just canai guna tgn & Tarik disekiling dulang
5.    Panaskan kuali, leperkan adunan tadi & goring mcm biasa


Nota kaki : bule di mkn bersama gulai ayam, sambal bilis, kuah dal & ape saja yg korang suke…

~ Selamat mencuba ~

Monday, 8 December 2014

Shepherd's Pie





Shepherd’s Pie   

Bahan-bahan
300 g daging/ayam cincang
5 biji ubi kentang
½ biji lobak merah, dicincang kasar
½ cawan cendawan butang, dihiris nipis
½ cawan susu segar
1 cawan keju Mozarella, diparut
1 biji bawang besar, dihiris
2 sm tepung gandum, dilarutkan dalam ½ cawan air
1½ cawan stok sayuran buatan sendiri
1 sm serbuk lada hitam
1 sm sos kicap
½ sm madu
1 sm minyak
Beberapa tangkai / sedikit serbuk daun thyme
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak
1. Campurkan daging cincang dengan serbuk lada hitam, kicap, madu dan daun thyme. Perap selama 2 jam.
2. Rebus ubi kentang bersama kulitnya. Setelah lembut, kupas kulitnya dan lecek bersama susu dan keju.        Ketepikan.
3. Tumis bawang besar dengan minyak hingga wangi dan masukkan daging yang telah diperap. Tumis sehingga daging masak dan tidak lagi berwarna merah jambu. Tuangkan stok sayuran bersama lobak merah.
4. Renihkan sehingga lobak merah lembut, kemudian masukkan cendawan. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa dan teruskan merenih dengan api perlahan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan
Kalori  228 kcal Karbohidrat  16.4 g
Protein  16.0 g Lemak  10.9 g

(Hidangan untuk 7 orang)

Untuk perapan :

Sebelum menambah herba kering ke dalam masakan, gosok herba di antara jari anda untuk membebaskan
minyak meruap. Masukkan herba tersebut pada peringkat awal memasak supaya perasanya dapat diserap masuk ke dalam masakan dengan baik.

Tambah sayur-sayuran lain seperti kacang pis, batang saderi dan jagung untuk meningkatkan kandungan
nutrien.

Cara baik untuk menggalakkan anak anda makan daging kerana ia dikisar, maka memudahkan anak-anak
makan.

5. Apabila daging telah masak, masukkan larutan tepung. Gaulkan sebati sehingga campuran menjadi pekat. Matikan api.

6. Masukkan daging cincang yang telah dimasak di atas piring pembakar sederhana dan ratakan permukaannya.

7.   Tutup permukaan daging dengan kentang lecek sehingga habis dan memenuhi permukaan dulang pembakar. Gunakan garpu untuk membuat corak di atas kentang lecek.

8.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit atau sehingga bahagian atas kentang lecek menjadi keperangan.

9.  Potongkan kepada beberapa bahagian dan hidangkan panas.

Thursday, 28 August 2014

Tuesday, 26 August 2014